Monday, 25 March 2013

INTERESTING EXPERIENCE AT SBP .

Assalamualaikum ...

Ape khabar semuanya sihat-sihat kan ? Hmm, sumpah rindu yang teramat giler sangat nak update blog ni . huhu . Maklumlahkan busy mengalahkan presiden Barack Obama gituu .

First sekali mestilah korang nak tahu kan pengalaman aku first time duduk kat asrama ni . heheh . Nak start dgn ape eh ? kahkah . Okay okay . Lets start with the situation first alright .

Situasi di asrama . Seperti yang sudah anda sedia maklum, tinggal di asrama ni memang lah meletihkan, terutamanya di Sbp ni . hmm, how can I tell you penat giler tahu tak . Dahlah aku ni takde pengalaman duduk di asrama . Lainlah member baru aku tu yang kebanyakannya pernah stay at hostel di sekolah lama mereka . huhu . Acane lah tak penat kan kalau pukul 1 pagi baru melelapkan mata then before pukul 5 pagi tu dah kena bangun sebab taknak berebut bilik air . Hmm . Tapi senior senior yang baik lagi comel di sana cakap, biase lah tu mula mula . Then, kita akan terbiasa dgn keadaan itu semua . in shaa Allah . =) .Lega siket bila mendengarnya .

Homesick ? Eheh .Eheh . perlu ke aku cakap pasal mende ni . yea, bende yang paling tak suka untuk diceritakan . Okay, memang aku homesick . Yelah benda tu biaselahkan sebab first time tinggal berjauhan dengan family . uuuuu, rindu giler kat family . Tapi nasib baik lah homesick aku ni tak kritikal sangat . Still boleh control okay . Cume kadang-kadang tu bile teringat dekat family, aku tetiba jadi sebak nak nagis tau ! hahah . chill lah kan .

To be honest aku cakap, Sbp memang best giler . Macam manelah nak cakap, memang bestlah kan . Dan yang paling penting, anda akan dapat kawan baru, cikgu baru, sekolah baru , semuanya baru and it's totally different from your old school . Nasib baiklah dekat sekolah aku takde kes ragging . Terselamatlah aku dari menjadi mangsa buli . Yelah kan aku ni pelajar baru masuk . And kawan-kawan dekat sane pun friendly . Senang untuk diajak berbual. And yang paling penting, tak sombong pun bila ditegur .

Then, pasal hostel . Seriously aku cakap, asrama adalah tempat yang paling baik untuk anda menimba pengalaman berguna dan sudah tentu mengajar anda untuk berdikari . Semuanya kena buat sendiri . Basuh baju sendiri, kemas tempat tidur sendiri . kemas locker sendiri and semuanya kena buat sendirilah . kecuali memasak . heheh .

Untuk pengetahuan anda semua, di Sbp, cikgu tidak akan mengajar anda 100% . Cikgu akan mengajar anda 50% dan 50% lagi anda kena belajar dengan sendiri . Baguslah kan, sebab ianya akan membuat anda lebih faham tentang sesuatu topik . Lagipun nanti anda belajar di IPTA or IPTS sekalipun. prof di sana akan melakukan benda yang sama .

So, ape lagi eh ? rasenye dah takde . Ohh lupa . makanan . Makanan di Sbp taklah teruk sangat seperti yang dihebohkan . Tak sedaplah, Jarang makan ayam lah ape lah . Actually kan, makanannya bukan tak sedap, tapi okay je. still boleh dimakan . Pasal lauk ayam pulak tu, anda jangan percaya kalau ade orang cakap makan ayam sebulan sekali . tak logik langsung . sepanjang aku duduk di Sbp ni, dah banyak kali jugaklah aku makan ayam . so, kalau pasal makanan tu, anda tak perlulah risau sangat ye .

Okay, sekian sahaja untuk kali ini .

Assalamualaikum . (=

No comments:

Post a Comment